Exam Lagi!

August 24th, 2008 Phoenix07 Posted in Berita KK | No Comments »

24/8/2008

Assalamualaikum semua, dah salam sejahtera. Sorrylah kepada semua pembaca dan pelawat blog ini kerana aku dah takdapat nak on selalu atas sebab-sebab tertentu terutamanya sebab bulan peperiksaan aku dah dekat… So, aku menulis entry ni pun dalam keadaan kelam kabut sebab banyak lagi kerja yang aku perlu buat. Antaranya adalah membuat revision (walaupun sekejap je…). Huh.

Esok hingga hari Jumaat ni (25-29 Ogos 2008) merupakan hari yang paling penting bagi aku dalam bulan ni, sebab esok bermulalah trial bagi exam aku…. Huuu… takut jugak nak amik trial ni, so aku harap korang doa-doakan la aku, moga-moga aku dapat keputusan yang cemerlang dalam trial ni…. So, kemungkinan lepas trail ni aku leh online sekali sekala, walaupun tak selama macam dulu, asalkan on pun dah memadai. Akhir kata, korang teruskanla jenguk-jenguk blog ni, shout la untuk memeriahkan lagi blog ni, dengan ini, aku akhiri entry ni, wassalam….

P/S: Sorry kalau ade tersalah ejaan, maklumla, taip dalam keadaan kelam kabut…

AddThis Social Bookmark Button

Exam! Exam!

July 17th, 2008 Phoenix07 Posted in Berita KK | 2 Comments »

Assalamualaikum dan hai kembali kepada kepada semua pelawat dan juga pebaca blog aku… Haha… Semenjak dua menjak ni, tah kenape tah tetibe je aku jadi terlampau BUSY, Dengan folio la, kerja kursus ar, macam-macam lagi ar… Minggu ni pulak, sibuk dengan exam aku dan aku pun dah takde mase nak on edit blog, walaupun aku selalu jugak on PC. Bukan takde mase sebab bace buku, tapi takde mase sebab nak tido, rase mengantuk sangat pulak… Huhu… Hari ni aku baru je abis amik paper Math 1 and Math 2. Woo, pening kepala aku menjawab Math Paper 1, akhirnya aku berjaya gak menjawab kesemua soalan dengan confidentnye walaupun aku tak tau jawapan aku tu betul ke tak.. Haha…..

Esok (18-7-2008) merupakan hari yang bahagia bagi aku sebab esok adelah hari terakhir bagi exam aku, dan esok jugak merupakan exam bagi killer subject aku, iaitu Sejarah… Huhu… Harap-harap la aku leh jawab dengan confidentnye tanpe ade rase ragu-ragu…

Ok ar, setakat ni je yang aku dapat taipkan, sekian, Wassalam…

AddThis Social Bookmark Button

The Netizen

June 25th, 2008 Phoenix07 Posted in Info KK | No Comments »

Helo semua, apa khabar hari ni? Huhu… Untuk menghilangkan rase boringku yang semakin memuncak, so, aku pun buat keputusan untuk menulis satu lagi entry yang boleh dikatakan pendek yang bertajuk “The Netizen“, Mungkin ramai yang tak tau ape itu Netizen. OK la, aku akan terangkannye…

Dulu pun aku pernah terdengar pasal Netizen ni, tapi aku tak tau maksud die, setelah aku search kat internet, baru la aku tau ape makne sebenar Netizen. Netizen (Warga Internet) adalah nama panggilan untuk semua orang yang terlibat dalam komuniti online seperti blog dan forum. Orang yang mengemukakan istilah ini ialah Michael Hauben.Selain itu, Netizen juga boleh dipanggil sebagai Cybercitizen atau Warga Siber. Secara amnya, Netizen adalah panggilan kepada semua pengguna internet di seluruh dunia. Contohnya aku sendiri. Haha, aku juga adalah Netizen, begitu juga dengan korang. So, lepas ni kita akan ada dua kewarganegaraan, yang pertama Warganegara Malaysia dan yang kedua pula adalah Warganegara Internet (Netizen)…

AddThis Social Bookmark Button

iTalk Buddy : Excite Your Communication

June 22nd, 2008 Phoenix07 Posted in Softwarez | 1 Comment »

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog KakiKomputer…. Ini adalah entri terbaru aku setelah sekian lama menghilangkan diri…. Entri ni berkisarkan tentang iTalk Buddy. Setelah sekian lame aku menggunakan iTalk Buddy ni, baru la hari ni aku terasa nak buat entri pasal application ni.Kepada sesiape yang dah guna, tau lah ape iTalk Buddy tu. Kepada yang tak tau, jangan risau, aku akan terangkan….

Ape Itu iTalk Buddy?
iTalk Buddy adalah salah satu daripada perkhidmatan yang disediakan oleh iTalk. Fungsi die lebih kurang macam Yahoo! Messenger la… Antara fungsi iTalk Buddy ni ialah,

  • Instant Messenging
  • PC - PC Voice Call
  • PC - Phone Voice Call
  • SMS PC - Mobile (Yang ni aku tak berape sure)
  • Read the rest of this entry »

    AddThis Social Bookmark Button

    Tag Kedua

    June 9th, 2008 Phoenix07 Posted in Tag | No Comments »

    Yeah, aku dapat tag lagi, dari orang yang same iaitu Kreuger dari warirc2.blogspot.com, Tag ni advance sikit katenye, tapi aku berjaya juga akhirnya untuk menjawab tag anda, so kepada Mr. Kreuger, ni lah jawapan kepada tag anda, saya telah memasukkan nama saya di dialam document excel tersebut….

    Kepada anda yang ingin meneruskan tag ni, download aje lah gambar tu, dan sila tengok instructions macam mana nak bukak jawab tag tersebut di http://warirc2.blogspot.com/2008/06/advance-tag-mirc-decode-documen-dalam.html

    AddThis Social Bookmark Button

    Macam Mana Nak Lock Desktop

    June 4th, 2008 Phoenix07 Posted in Tutorials | 5 Comments »

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog KakiKomputer…. Hari ni aku nak share lagi satu ilmu, ilmu mengedit Registry….

    Adakah korang tinggal dalam satu rumah dan house mate korang selalu selerakkan desktop korang? Korang nak desktop korang kekal tanpa diganggu? Ha… Dalam tutorial ni, aku akan ajar korang macam maca nak lock desktop PC korang dengan hanya mengedit registry sahaja tanpa download apa-apa software yang mengarut…

    Apa yang korang perlukan?
    - Korang tak perlukan pape sebab semuanye ada dalam PC korang.

    Procedure

    1)
    Pergi kat Start > Run. Dalam kotak run tu, tulis regedit dan tekan enter.

    Read the rest of this entry »

    AddThis Social Bookmark Button